Tulisan gadis monolog

Menegur jangan sampai menghina. Mendidik jangan sampai memaki. Menasihati jangan terbawa benci mengeji. Meminta jangan sampai memaksa. Memberi jangan sampai mengungkit. Jangan ditukar pahala menjadi dosa. Bimbang bukan pahala dibawa mati. Tapi penuh dengan dosa yang meninggi. Kelak akan rugi hebat di kubur sana. “Betulkan cara agar pahala yang akan menemani.” Hanya yang benar-benar bijak dan ‘tahu agama’ tidak menegur depan-depan tetapi disapa secara peribadi di ‘belakang-belakang’ dengan penuh hikmah dan kelembutan. Tidak ramai yang mahir dengan seni ini kerana ramai yang mahu tunjuk hebat, lebih tahu dan berilmu apabila memberi teguran.

Kita lihat sahaja di alam maya, berapa ramai yang 'tergelincir’, memberi nasihat-nasihat sinis dan kasar sewenang-wenangnya sehingga mengaibkan orang yang ditegur dan dinasihati.

Kita terlalu suka bersangka-sangka, mengubah bahasa biar gah bunyinya, walaupun tidak tahu hujung pangkal cerita. Malah kadangkala, yang belajar agama juga tersilap cara. Itulah namanya manusia, perlu diingatkan sentiasa kerana kita mudah terbuai dengan pujian dan penghargaan manusia. Mahu dilihat tahu, dalam pada masa yang sama syaitan mentertawakan kita kerana kita sudah terjerat dalam perangkap mereka.

Seni ini harus kita pelajari kerana percayalah, jika silap cara, nasihat dan teguran yang diberi, ianya hanyalah seperti mencurah air ke daun keladi. Yang ditegur tidak terkesan untuk membaiki diri, malah nasihat dan teguran yang diberi menjadi provokasi, menghidupkan api amarah dan rasa benci.

Nak meneguk minuman yang panas, kena perlahan-lahan meniup supaya kepanasan itu berkurang, dan setelah itu barulah boleh minum dan telan dengan baik. ☕

Kita belajar sama-sama mulai hari ini.
.
.
-gadismonolog

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Cerita dibalik Jilbab

Faidza ‘Azamta Fatawakkal ‘Alallah

Pilihan Hidup